Saturday 8 December 2012

cerpen yang tak sudah~ Iman Nur Aisya: speechless!!!



     Seminggu berlalu selepas kem yang membuat Aisya terkilan-tahap-giloss ngan pakcik Taib nye itu..haiz~ Tuhan jex yang tau bagaimana hati Aisya pabila melihat gambar-gambar bajet-bajet 'photogedik' yang di-upload kat Myspace oleh Ella, kawan rapatnya. Aisya melepaskan keluhannya. Kuat. Orang sebelahnya berpaling kearahnya. Bagai tertulis di muka beliau, ' awat kuat benoo hang mengeluh?? ' tapi Aisya hanya buat muka toyanya. Malas nak layan. Heh. Dengan keadaan Cyber Cafe yang penuh ngan asap rokok di dalam air-con nie. Fuhh~!! Habis rosak paru-paru aku. Aisya cuba menahan nafas meminimakan kadar oxygen yang bercampur ngan racun-racun rokok. Tak sampai 1 minit Aisya terbatuk. Semput woo!! Timbul rasa kagum ngan perenang-perenang yang berupaya tahan nafas lama-lama. Aisya cepat-cepat menghabiskan sisa-sisa ber-Myspace-nya sebelum tamat tempoh PC nye itu.
    
     Sesampai jex Aisya di rumah. Handphone Nokia butterflies bergetar mengeluarkan nada monotone. Orang lain handphone canggih, boleh dengar lagu, gambar clear, si Ieda tu siap boleh 3G lagi. Takpelah. Nie jex yang mampu sekarang. Better dari takde. Habis SPM kerja beli lah handphone baru. Nama Ella keluar di skrin.

     ' Asalamualaikum. Hah!! nape?? ' Aisya terus menyergah.
     ' Hamboii!! Kemain garangnya ko. Period pe?? Waalaikumussalam. emm. Nie meh laa lepak rumah aku. Aku de benda nak cerita kat ko ' tetiba suara Ella berubah serius. Apehal laa plak minah nie?? Mesti de benda jadi nie. Detik Aisya.
     ' Emm. Pe benda yang ko nak cite?? Aku malas laa nak naik. Aku baru balik CC nie. Cakap dalam phone tak ley??'
     ' Alaa. Tak besh laa. Ko naik laa ek. Aku tunggu. Kbai. Tuutt. Tuutt.' Cehh. Hampeh betul. Dengan malasnya Aisya memalingkan destinasinya ke rumah Ella. Lif ditekan butang 4.
     
     ' Hahh!! benda apa yang penting sangat tu?? Bertuah tau aku yang panjat g rumah ko ' Bebel Aisya sebaik saja duduk di sofa kayu rumah Ella. Matanya meliar melihat keadaan rumah. Bersepah. Dengan baju yang tak berlipat selonggok di bucu katil, di depan tandas terdapat bekas pasir tahi kucing yang tak dibersihkan, lantai tak bersapu. Haiz~ Apalah nak jadi ngan minah nie. Tak paham aku. Tetiba Aisya teringat sesuatu. ' Eh Ella. Kecik de ke?? ' 
     ' Ko lepak laa dulu. Kecik de dalam bilik aku tu hahh. Tidur ' Ella terdiam. Tangannya mencapai remote control Astro yang dilanggannya sambil mencari chanel yang berkenan di hati. Sebaik saja menjumpai channel Astro Ria yang menayangkan Raja Lawak-berapa-nta. Ella terus memberhentikan cariannya itu. Terus duduk di sebelah Aisya. Aisya hanya perhatikan gelagat kawannya itu. Rumah Aisya tak ada Astro. Maka Aisya hanya mampu melihat jex. Heh.     ' Ehem. Kalau aku cakap nie ko jangan marah tau ' Ella memulakan bicaranya. Aisya hanya mendengar.
     ' Cakap laa. Ko tak cakap macam mana aku nak marah' hati Aisya tak sedap. Rasa pahit cam pedal ayam terkena hempedu. Urghh! Kalau makan tu rasa cam nak marah jex pakcik jual pedal ayam goreng tu. Tak reti siang ayam ke??
     ' Hmm. Ko ingat tak aku de janji ko something hari tu?? ' Serius muka Ella. Macam takut-takut nak cakap pun ade gak. Macam aku nie pengetua sekolah jex. Pehal lah minah nie?? Dia buat hal pe plak kali nie??
     ' Yang mane nie?? Aku tak ingat lahh. Otak aku cam otak ikan da. 3 minit jex format baru. Eheh. Banyak yang ko janji aku. Yang mane satu?? ' berkerut muka Aisya berusaha mengingatkan kembali.
     ' Emm. Yang pasal aku takkan 'buat' lagi tu' Ella berpaling ke arah TV. Muka selamber.
     ' Ouh. Yang tu. Emm. Ingat. Nape?' Serius aku kali nie rasa pedal goreng terkena hempedu tu lagi sedap sket laa dari hati aku nie. Jangan cakap minah nie.... Ishh!!
     ' Aku segan lah nak cakap Syaa. Nanti ko marah aku. Aku takut nanti ko taknak kawan aku lagi kang '
     ' Lorh. Pehal plak?? Cakap jex lahh. Jangan bagi aku pikir bukan-bukan '      ' Emm. Masa kem tu. Aku... Sory beb. Aku mungkir janji ' luah Ella sambil pandang tepat ke arah Aisya. Muka cam nyesal. Cam tak bersalah pom de. Cam serik ala xserik pom de gak.
     Aisya tersentap. Terdiam sekejap. Hati kesal, terkilan tak dapat nak mengawal atau paling tepat menjaga member sendiri. Ya Allah, Ko bagilah kawan ku hidayah. Doa Aisya dalam hati. Perlahan Aisya menarik nafas dalam. Sedaya upaya menyorokkan apa yang terbuku dalam hati. Nak marah rasa cma tak de hak. Tapi dia kawan aku. Dan marah bukan caranya. ' Ko memang. Kau da janji ngan aku tak buat lagi. Nie sementara aku de ngan ko jex aku ley buat camnie. Ko tu member aku. Nie tuk kebaikan ko' perlahan Aisya berkata. 
     ' Aku paham. Aku tahu niat ko. Tapi aku tak tahu lahh. Nape aku camnie. Haiz~ Jangan marah aku' Aisya bercelaru cuba memahami situasi. Aisya agak memahami mengapa pakcik Taib tak gemar dia berkawan dengan Ella. Ella seorang yang sosial. Keluar pakai short pant / hot pant dengan tube / singlet takde hal baginya. Keluar pagi balik pagi bute. Bertukar-tukar pasangan. Merokok. Aisya tahu Kecik, pakwe barunya itu tinggal sekali dengannya disebabkan Kecik dihalau keluar rumah oleh keluarganya. Dan Aisya juga tahu bahawa keluarga Ella memang tak pedulikannya. Makan minumnya, keluar dengan siapa, pergi mana tiada yang ambil tahu. Kakak Aisya juga se-pesen dengannya. Yang Aisya tahu semua nie berpunca dari pemberontakkannya terhadap keberantakan keluarganya sendiri.
     Aisya mengeluh. ' Benda da lepas Ella. Nak bising pun tak guna. Aku cuma harap sangat ko kawal sket diri ko. Tolonglah jangan buat benda nie lagi. Kalau ko tak sayang diri ko pun, tolong lah demi member ko nie. Please. Aku tak nak tengok ko hanyut lemas teruk ' luah Aisya. Aisya tahu selama nie Ella cuba mengawal lifestyle-nya apabila dia bersama Aisya. Nampak rasa hormatnya terhadap Aisya. Rasanya dengan cara itu boleh jadi latihan tabiat kalau terus diamalkan. Nak suruh Ella solat memang payah. Aisya tahu. Bukan senang nak tinggalkan lifestyle yang dah sebati tu walaupun dalan usia yang muda. Aisya buakn sekolah agama. Setakat asas agama jex tahulah. Aisya sendiri pun dalam proses mencukupkan solat fardhu. Perubahan memang perit. Tapi perit yang berbaloi. Dan tak semua orang sanggup melalui perit itu. Dan tak semua orang tahu perit tu berbaloi. Aisya terus berdoa dalam hati. Aamiin.














www.tips-fb.com