Wednesday 25 December 2013

cerita tentang semalam..


asalamualaikum..

semalam..
terdengar keluh kesah seorang pesakit cancer..
" back then, i used to cry n cry, and asking why me? "
kekuatannya melawan penyakitnya..
juga kepenatannya menanggung derita..
diluahkan melalui tangisan kecilnya..
u do strong, u did great, aunty..

semalam..
terbongkar sebuah kisah sang obsesi..
yang menipu mengaup keuntungan..
sedih!
pucuk baru dipergunakan..
kayu lama diperbodohkan..
sadis!
terpaksa bersekongkol tanpa sedar..

semalam..
terdengar luahan rasa seorang ahjuma..
tentang kepayahan sebuah kehidupan..
demi kesenangan n kejayaan anak..
sesalnya mengorbankan dirinya demi sesuap nasi..
sesalnya kekurangan 1 titik penting kehidupan..
dipanggil PENGETAHUAN..
kecantikan dunia dialas oleh kesusahan..

semalam..
melihat seorang ibu tua..
yang saban hari menyediakan makan minum anaknya..
yang bekerja di bawah syarikat besar anaknya..
yang berusaha meningkatkan ilmu dengan anaknya..
yang mungkin jasanya tak nampak dek mata hati anaknya..
yang tak terkesan dek sanubari anaknya..
sehingga sanggup dikasari sedemikian rupa..
hati ibu mana yang sanggup membenci anaknya??

semalam..
terdengar perihal seorang tua..
yang masih segar miang..
dek nafsu yang membaluti hati..
disorokkan disebalik topeng suci sang pemakan garam dahulu..
" don't judge a book by it cover " katanya..

semalam..
terlerai sebuah ikatan persahabatan..
yang renggang dek ego perempuan..
mungkin kerna mulut, badan binasa..
mungkin kerna hati, membawa ke jalan mati..
nilai persahabatan...

semalam..
ego seorang sang licik..
dek keyakinan yang meng-galaxi..
dek kekayaan yang sering dimimpikan..
dek harta dunia yang di-syurga-kan..
kehilangan segala tentera yang memerah keringat..
dalam sekelip mata..
dek mulut yang berbau..
mungkin terlupa agaknya..
kita hidup bukan seorang..

semalam..
tersedar akan kepayahan dahulu menjadi satu kelebihan..
yang ramai orang berebut..
jika tiada iman n keberkatan ibu bapa..
hanyut dek menilai kaca dari permata..

semalam..
itu semua cerita semalam..
hidup ini umpama 1 telenovella..
pelbagai kisah dan coretan..
hanya perlu buka mata hati melihat..
walau sedih, perit..
aku bersyukur..
banyak perkara yang aku belajar..
syukur atas segala nikmat sepanjang hidup ini..
alhamdulillah..
thnx a lot Allah..
;'))









p/s: kehidupan yang statik tidak membuka peluang kita untuk celik..benar kata orang..jauh perjalanan luas pemandangan....;))

www.tips-fb.com