Monday, 12 November 2012
cerpen yang xsudah~ Iman Nur Aisya: rebelion!!!
Aisya duduk seorang diri dalam bilik. Mengetap bibir menahan geram. Banyak perkara yang sering membuat dia tak puas hati kebelakangan nie. ' Payah laa hidup camnie. Semua benda tak boleh. Semua benda salah. urghhh!! ' Matanya tertacap ke arah buku KBKK Bahasa Melayu tingkatan 4 di atas meja belajar. Dalam hati rasa cam nak mengamuk campak semua buku ke luar. ' Arghh!! Stress aku gini ' degus Aisya. Lama kelamaan Aisya terasa penat dek marah. Lantas mencampakkan diri ke atas katil empuknya. Fikirannya melayang mengingati kejadian tadi.
Hati gembira, teruja mendengar khabar berita itu. Seronok!! Kem bersama kawan-kawan Selayangnya di Hutan Lipur Sungai Tua. Memang Aisya menggilakan kem semenjak dia terlibat dengan PRS dan KRS di sekolahnya. Pantang dengar kem, terus dia melibatkan diri. Aisya dah membayangkan tentang keseronokkan berkhemah dan jungle treking. Hatinya melonjak gembira. Ikutkan hati memang dia nak melompat-lompat excited, tapi ditahannya takut dikata gila plak budak nie. Dia tersengih sendiri. Tapi... Satu jex masalah yang merunsingkan hatinya. Pakcik Abdul Taib. Membayangkan muka ayahnya yang agak handsome dan berkumis tu. ' Mesti ayah xbagi nie. Ceit! ' Tahap keterujaannya menurun seperti graf markah matapelajaran Add Maths-nya tu. Susah kot subjek tu. Killer. ' Takpe-takpe. The power of persuasion. Gerenti baginya lahh. ' Full of confident. Graf keterujaannya menaik semula. Dalam hati da berdansa nie. Aisya senyum.
Petang itu. Aisya merangka-rangka strategi tuk memujuk ayahnya. Assesment yang dibuat Aisya. Emm. Mood pakcik Taib agak baik hari nie. Siap bergelak-sakan dengan adiknya Qayum tu. Amboi. 'okehh!! Menjadi nie kot' Aisya pun menggambil borang Keizinan Ibubapa tadi, pergi menyertai aktiviti lepak-melepak ayah dan adiknya itu.
' Amboi ayah. Bukan main happy jex hari nie. Ada apa-apa ke?' sambil sengih kambing. eheh
' Takde lahh. Melayan kerenah adik ko nie hah. Macam-macam. Nie mak ko mana? ' jawab ayah sambil meneguk air Nescafe instant 3in1. Nie mesti adik yang buat nie. Kenal sangat.
' Nta. Ada kat dapur tu kot. Akak pun tak perasan tadi.'
' ehh kak..bila ko nak belanja aku..? Befday aku bulan depan.' sampuk si Qayum dengan muka ala-ala sweet gittew. Konon minta simpati laa tu. Cehh naseb ko encem dik.
' Bulan depan, bulan depan punya cirita laa. Sibuk minta sekarang. Nie ayah [ sambil hulurkan borang ] akak nak pergi kem nie boleh x..? Hujung bulan nie. pleaseee~ ' senyum yang paling superb double manis aku bagi. Biar kasi nampak semua gigi. Kalah Jackin Victor.
' Eei. Bakpe senyum gitu gaya kak..? Cam iklan Darli da. Huduh. hahaha' ceitt!! kuang asam nye adik. Kau xtau nie laa godaan senyuman tau x. Detik hati Aisya. Termati senyuman lebarnya sekejap. ' Boleh laa ek ayah. Ayah sain laa kat sini. Atas nanti biar akak isikan. ' Harapan menggunung Aisya xpernah padam. Yess!! Berjaya da kot nie..hehehe
' Eh jup-jup. Nie anjuran sape nie..? Cikgu ikot x..? ' tanya ayah ngan muka berkerut-kerut. Matanya masih menatap borang tadi. Bagi seorang ayah bukan senang nak melepaskan anak perempuannya merata-rata, tambah lagi ke event yang memerlukan anaknya tuk bermalam.
' Err~ Yang tu. Bukan. Nie anjuran sendirian berhad. Ayah kawan akak yang anjurkan. But jangan risau, ramai yang pergi. Ayah kawan akak pun pergi gak. Terjamin keselamatan dia. Lelaki perempuan pun duk asing ' ayat da power da nie. Minta-mintalah ayah bagi. Puhh-puhh-puhh!!
' Emm. Bape hari nie..? Haii lelaki pun de gak..?' sambil berkerut-kerut memandang Aisya dan borang tersebut.
Aish! nie yang xsedap didengar nie. Cam kedengaran lagu 'Harapan aku Musnah' jex. Nyanyian Aisya sendiri. Eheh. 'Alaa ayah. Dua hari satu malam jex. Ada laa dua, tiga orang, tak ramai pun, tapi khemah jauh-jauh. Ayah jangan laa risau '
' Eh tak payah laa. Risau ayah camnie. Da laa ngan kawan-kawan jex. Walaupun ayah dia ikut, tapi tu tak menjamin apa-apa Aisya. Ingat, ko tu perempuan'
' Alaa ayah. Tak de pape jadi la. Jangan laa risau. Kem cam biasa akak masuk tu jex. Pleasee ayah. Boleh laa ' hati da tak sedap da nie. Memang da tak de rasa da nie.
' Ayah risau laa ko nie. Suka-suka bergaul laki perempuan camtu. Cam tak boleh percaya jex. Ayah tak benarkan.' serious mood ayah membantah.
Grruuungg! Kedengaran bunyi gerudi besar mesin penarah bukit menghancurkan gunung harapan Aisya tadi, menandakan pecah harapan Aisya nak berjimba-jimba pergi kem tu. Adoiyai. Apa nie..? Takkan nak pergi kem pun tak boleh. Aku nak keluar malam lepak pun tak bagi. Pergi kem camnie pun tak bagi. Takkan nak duduk dalam bilik mengadap buku 24 jam jex.
' Alaa akak nak pergi lah. Semua benda tak boleh. Susah lah camtu. Takkan nak duduk dalam rumah jex mengadap buku. Pergi kem camtu pun xboleh. Tak paham lahh' tinggi suara Aisya menjawab. Dadanya berombak. Muka berkerut seribu masam mencuka. Terus berlari masuk ke bilik, mengunci pintu. Pakcik Taib mengeluh kuat. Besar ujiannya membesarkan anak meningkat remaja nie. Keluhan kedua terkeluar. Bertambah runsing kepala memikirkan kehendak dan kerenah anaknya.
Akhirnya Aisya terlelap. Hatinya berat memikirkan kehendaknya. Walaupun terdetik dalam hatinya memahami tindakan ayah, tetapi godaan syaitan yang membisikkan tentang kebebasan dan keseronokan bersama kawan lebih kuat. Akhirnya Aisya makin tenggelam dalam mimpi lenanya.
-tobecontinue...-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment