asalamualaikum..
reently de terbaca kata-kata yang agak besh tuk di baca laa kan..dari kak aini yang semangat pergi Majlis Anugerah Cemerlang adeq nye..huhu..chekidout!!
sebenarnya, ada baiknya saya dapat ke majlis tadi, terutama dlm ucapan dr YDP PIBG sekolah yg juga merangkap Imam Atas Tol. saya yg dgr boleh terasa.
- utk dpt anak yg bijak, pastikan anak itu khatam al-Quran sebelum tahun 4 (di usia muda)
- solat sekarang ni macam kena paksa, we can see it happens in school right now, padahal kita tahu solat itu wajib dan mesti dilaksanakan.
- terdapat satu sekolah (dirahsiakan) yg mana guru, pelajar dan penduduk kampung 100% akan menunaikan solat 5 waktu di masjid dalam sekolah (bukan surau). bukti kejayaan anak2 dalam akdemik dan agama di sekolah tersebut
- seramai 6218 anak perempuan bawah 16 tahun hamil/mengandung. punca agama ibu bapa yg tak ambik kisah
- kalau anak solat, pergi check betul atau tak, sbb anak2 dah pandai menipu sekiranya solat dipandang dgn ringan. mak ayah sendiri perlu ambik tahu anak solat atau tak. nak anak berjaya, tp kalau agama tidak dititikberatkan, maka sngtlah berat.
- dan sangat hairan kenapa dlm stadium di"halal"kan pakaian ketat (atlit sukan) tp di sekolah mewajibkan menutup aurat. suruh pelajar tutup aurat, tp tengok guru2 tu macam mana, mengalahkan pelajar. satu lagi, tengok isteri tu sebelum mengajar anak orang.
- diceritakan terdapat 2 orang pelajar tingkatan 2 di kedai makan, ditanya sekolah apa, dijawab sekolah imtiaz, tamat 30 juzuk. Allah...
- sbg imam, di masjid, tak ramai pun jemaah, kadang 10 jemaah, yg pasti kurang 20. tak dapat pergi haji ramai menangis, semua nak haji mabrur, dah kalau masjid depan rumah, sejengkal dari rumah, solat jemaah 5 waktu kat masjid tak pergi, bagaimana nak dapat haji mabrur?? mmg takkan dpt haji mabrur Allahu...
- paling penting amalkan solat hajat, doakan ibu bapa, doakan utk yg hidup dan juga yg telah meninggal dunia.
- di masjid, saf hadapan biasanya diduduki oleh orang2 yang jarang atau ke tak pernah ke masjid (orang2 besar). bahkan yg sering 5 waktu berjemaah sering di belakang, betapa risau dan macam tak layak di depan. Allahu.
- suami kena bunuh, isteri kena rogol. berita kebiasaan dlm akhbar. kenapa? kenapa boleh jadi? salah siapa?
- pastikan hidup tahu apa itu baik, bukan sekadar tahu, tapi tak buat.
- yg ni Kg Atas Tol, dikatakan 100% pelajar yg sedang main bola kat padang sekolah petang hari akan berhenti bermain bila azan berkumandang, Alhamdulillah...
- di rumah, mak ayah jangan kritik cikgu dan sekolah depan anak2, mak jgn kritik ayah, ayah jgn kritik mak. jika tidak, anak2 pun akan turut jd negatif jika didengari oleh anak2.
- utk Kg Atas Tol lg, cikgu2, mak ayah dan anak2 beruntung berada di Atas Tol. Kerana apa? Sbb Atas Tol menjadi jalan semua pihak, yg menjadi tempat persinggahan, yg berada di tengah2 semua laluan. Atas Tol pernah menjadi tempat selamat dan berlindung jika berlaku banjir (kata beliau Atas Tol mirip Masjidil Haram)
- Kutipan derma masjid Atas Tol paling terbaik dlm parlimen Marang. Alhamdulillah
- seramai 185 penduduk Atas Tol pernah berada dalam semua agensi kerajaan, dari taraf profesor, dato' dll.
- Last dlm ucapan beliau, kecermerlangan seorang anak bermula dari dalam rahim seorang ibu. Bagaimana ibu dan bapa menerapkan nilai2 agama.
- Letakkan al-Quran di ruang tamu kerana kebiasaan ruang tamu yg menjadi tempat anak2 lepak. Kerana apa? Bila Quran itu hari2 dipandang ketika keluar masuk rumah, menjadi tempat berehat, bisikan2 Allah akan datang dlm diri, dlm menuju kebaikan, dan InsyaAllah, anak2 jua akan turut sama2.
- dan paling penting, solat itu bukan parti politik, masjid dan surau bukan parti politik. amat memalukan bila masjid di kampung sendiri tidak pergi, tp masjid di kampung lain dihadiri, kerana apa? kerana parti politik. Allah..
banyak benda yang berlaku di sekeliling kita..bt kita sendiri pom xperasan disebalik tu..eheh..kata-kata membuka minda yet memotivasikan diri..
okehh!! im out!! nak setady tuk final plak..kalau x xley g berjimba-jimba..woohooo~!! kachaa~!!
p/s: untung laa family aku semua balik kampung..n aku jex tercicor mengadap buku nie..ceitt!! semua da sibuk nak kawen..kau bile lagi Badat?? eheh-.-''
No comments:
Post a Comment