Thursday 30 May 2013

syabab musafir kasih..superb!! ;)


asalamualaikum..

disebabkan bahana voucher buku hok 250 ya tu..hidup aku terisi ngan buku-buku jah sekarang nie..hahaha..cehh puihh! oke tipu jex..eheh..disebabkan juga beriya bebeno rumate aku mem-promote kan tuk baca buku Syabab Musafir Kasih by ustazah Fatimah Syarha..maka ary tu aku pom wat sistem barter ngan rumate aku dengan buku Cinta High Class by her gak.. [ err..kepusingan ayat di citu sket..eheh ] dan ternyata! ia berjaya wat aku berhingus tanpa malu walaupun di public..eheh..sangat deep-deep-touch ngan manusia Syabab nie..soo aku pom nak mem-promote kan laa kat manusia-manusia yang lain..sila-sila ringankan mata n minda anda tuk baca buku nie..gurenti!! tarak penyesalan punyerr..hehehe ;))



btw nie antara puisi dalam cite c Syabab nie..:-


LELAKI...

dulu,
 bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira,
kini,
bila disebut lelaki,
wanita menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka Yahudi..

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati,
lelaki kami menjaga, melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lalaki khianat, perogol bersiri..

dulu, 
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga..

dulu, 
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa yang berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas, binasa..

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia dan seisinya..

dulu, 
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini, 
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah..

dulu, 
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh..

dulu, 
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah..
kembalilah lelakiku,
peda kelelakianmu,
kami merindukan lelaki dulu,
acuan Madrasah Rasul..

Srikandi,
Damsyik, Syria


p/s: mungkin ada yang tak selesa dengan diri aku sekarang..aku minta maap..;')




www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment