Monday, 12 November 2012

cerpen yang xsudah~ Iman Nur Aisya: rebelion!!!


     Aisya duduk seorang diri dalam bilik. Mengetap bibir menahan geram. Banyak perkara yang sering membuat dia tak puas hati kebelakangan nie. ' Payah laa hidup camnie. Semua benda tak boleh. Semua benda salah. urghhh!! ' Matanya tertacap ke arah buku KBKK Bahasa Melayu tingkatan 4 di atas meja belajar. Dalam hati rasa cam nak mengamuk campak semua buku ke luar. ' Arghh!! Stress aku gini ' degus Aisya. Lama kelamaan Aisya terasa penat dek marah. Lantas mencampakkan diri ke atas katil empuknya. Fikirannya melayang mengingati kejadian tadi.

     Hati gembira, teruja mendengar khabar berita itu. Seronok!! Kem bersama kawan-kawan Selayangnya di Hutan Lipur Sungai Tua. Memang Aisya menggilakan kem semenjak dia terlibat dengan PRS dan KRS di sekolahnya. Pantang dengar kem, terus dia melibatkan diri. Aisya dah membayangkan tentang keseronokkan berkhemah dan jungle treking. Hatinya melonjak gembira. Ikutkan hati memang dia nak melompat-lompat excited, tapi ditahannya takut dikata gila plak budak nie. Dia tersengih sendiri. Tapi... Satu jex masalah yang merunsingkan hatinya. Pakcik Abdul Taib. Membayangkan muka ayahnya yang agak handsome dan berkumis tu. ' Mesti ayah xbagi nie. Ceit! ' Tahap keterujaannya menurun seperti graf markah matapelajaran Add Maths-nya tu. Susah kot subjek tu. Killer. ' Takpe-takpe. The power of persuasion. Gerenti baginya lahh. ' Full of confident. Graf keterujaannya menaik semula. Dalam hati da berdansa nie. Aisya senyum.

    Petang itu. Aisya merangka-rangka strategi tuk memujuk ayahnya. Assesment yang dibuat Aisya. Emm. Mood pakcik Taib agak baik hari nie. Siap bergelak-sakan dengan adiknya Qayum tu. Amboi. 'okehh!! Menjadi nie kot' Aisya pun menggambil borang Keizinan Ibubapa tadi, pergi menyertai aktiviti lepak-melepak ayah dan adiknya itu.
    ' Amboi ayah. Bukan main happy jex hari nie. Ada apa-apa ke?' sambil sengih kambing. eheh
    ' Takde lahh. Melayan kerenah adik ko nie hah. Macam-macam. Nie mak ko mana? ' jawab ayah sambil meneguk air Nescafe instant 3in1. Nie mesti adik yang buat nie. Kenal sangat.
     ' Nta. Ada kat dapur tu kot. Akak pun tak perasan tadi.'
     ' ehh kak..bila ko nak belanja aku..? Befday aku bulan depan.' sampuk si Qayum dengan muka ala-ala sweet gittew. Konon minta simpati laa tu. Cehh naseb ko encem dik.
     ' Bulan depan, bulan depan punya cirita laa. Sibuk minta sekarang. Nie ayah [ sambil hulurkan borang ] akak nak pergi kem nie boleh x..? Hujung bulan nie. pleaseee~ ' senyum yang paling superb double manis aku bagi. Biar kasi nampak semua gigi. Kalah Jackin Victor.
     ' Eei. Bakpe senyum gitu gaya kak..? Cam iklan Darli da. Huduh. hahaha' ceitt!! kuang asam nye adik. Kau xtau nie laa godaan senyuman tau x. Detik hati Aisya. Termati senyuman lebarnya sekejap. ' Boleh laa ek ayah. Ayah sain laa kat sini. Atas nanti biar akak isikan. ' Harapan menggunung Aisya xpernah padam. Yess!! Berjaya da kot nie..hehehe
   ' Eh jup-jup. Nie anjuran sape nie..? Cikgu ikot x..? ' tanya ayah ngan muka berkerut-kerut. Matanya masih menatap borang tadi. Bagi seorang ayah bukan senang nak melepaskan anak perempuannya merata-rata, tambah lagi ke event yang memerlukan anaknya tuk bermalam.
     ' Err~ Yang tu. Bukan. Nie anjuran sendirian berhad. Ayah kawan akak yang anjurkan. But jangan risau, ramai yang pergi. Ayah kawan akak pun pergi gak. Terjamin keselamatan dia. Lelaki perempuan pun duk asing ' ayat da power da nie. Minta-mintalah ayah bagi. Puhh-puhh-puhh!! 
     ' Emm. Bape hari nie..? Haii lelaki pun de gak..?' sambil berkerut-kerut memandang Aisya dan borang tersebut. 
Aish! nie yang xsedap didengar nie. Cam kedengaran lagu 'Harapan aku Musnah' jex. Nyanyian Aisya sendiri. Eheh. 'Alaa ayah. Dua hari satu malam jex. Ada laa dua, tiga orang, tak ramai pun, tapi khemah jauh-jauh. Ayah jangan laa risau '
     ' Eh tak payah laa. Risau ayah camnie. Da laa ngan kawan-kawan jex. Walaupun ayah dia ikut, tapi tu tak menjamin apa-apa Aisya. Ingat, ko tu perempuan'
     ' Alaa ayah. Tak de pape jadi la. Jangan laa risau. Kem cam biasa akak masuk tu jex. Pleasee ayah. Boleh laa ' hati da tak sedap da nie. Memang da tak de rasa da nie.
     ' Ayah risau laa ko nie. Suka-suka bergaul laki perempuan camtu. Cam tak boleh percaya jex. Ayah tak benarkan.' serious mood ayah membantah. 
Grruuungg! Kedengaran bunyi gerudi besar mesin penarah bukit menghancurkan gunung harapan Aisya tadi, menandakan pecah harapan Aisya nak berjimba-jimba pergi kem tu. Adoiyai. Apa nie..? Takkan nak pergi kem pun tak boleh. Aku nak keluar malam lepak pun tak bagi. Pergi kem camnie pun tak bagi. Takkan nak duduk dalam bilik mengadap buku 24 jam jex.
    ' Alaa akak nak pergi lah. Semua benda tak boleh. Susah lah camtu. Takkan nak duduk dalam rumah jex mengadap buku. Pergi kem camtu pun xboleh. Tak paham lahh' tinggi suara Aisya menjawab. Dadanya berombak. Muka berkerut seribu masam mencuka. Terus berlari masuk ke bilik, mengunci pintu. Pakcik Taib mengeluh kuat. Besar ujiannya membesarkan anak meningkat remaja nie. Keluhan kedua terkeluar. Bertambah runsing kepala memikirkan kehendak dan kerenah anaknya.

     Akhirnya Aisya terlelap. Hatinya berat memikirkan kehendaknya. Walaupun terdetik dalam hatinya memahami tindakan ayah, tetapi godaan syaitan yang membisikkan tentang kebebasan dan keseronokan bersama kawan lebih kuat. Akhirnya Aisya makin tenggelam dalam mimpi lenanya.

-tobecontinue...-



www.tips-fb.com

Friday, 9 November 2012

ucapan yang bravoo~!! kata2 motivasi yet menyedarkan~!! ;)


asalamualaikum..

reently de terbaca kata-kata yang agak besh tuk di baca laa kan..dari kak aini yang semangat pergi Majlis Anugerah Cemerlang adeq nye..huhu..chekidout!!

sebenarnya, ada baiknya saya dapat ke majlis tadi, terutama dlm ucapan dr YDP PIBG sekolah yg juga merangkap Imam Atas Tol. saya yg dgr boleh terasa. 


  • utk dpt anak yg bijak, pastikan anak itu khatam al-Quran sebelum tahun 4 (di usia muda) 


  • solat sekarang ni macam kena paksa, we can see it happens in school right now, padahal kita tahu solat itu wajib dan mesti dilaksanakan. 


  • terdapat satu sekolah (dirahsiakan) yg mana guru, pelajar dan penduduk kampung 100% akan menunaikan solat 5 waktu di masjid dalam sekolah (bukan surau). bukti kejayaan anak2 dalam akdemik dan agama di sekolah tersebut 


  • seramai 6218 anak perempuan bawah 16 tahun hamil/mengandung. punca agama ibu bapa yg tak ambik kisah 


  • kalau anak solat, pergi check betul atau tak, sbb anak2 dah pandai menipu sekiranya solat dipandang dgn ringan. mak ayah sendiri perlu ambik tahu anak solat atau tak. nak anak berjaya, tp kalau agama tidak dititikberatkan, maka sngtlah berat. 


  • dan sangat hairan kenapa dlm stadium di"halal"kan pakaian ketat (atlit sukan) tp di sekolah mewajibkan menutup aurat. suruh pelajar tutup aurat, tp tengok guru2 tu macam mana, mengalahkan pelajar. satu lagi, tengok isteri tu sebelum mengajar anak orang. 


  • diceritakan terdapat 2 orang pelajar tingkatan 2 di kedai makan, ditanya sekolah apa, dijawab sekolah imtiaz, tamat 30 juzuk. Allah... 


  • sbg imam, di masjid, tak ramai pun jemaah, kadang 10 jemaah, yg pasti kurang 20. tak dapat pergi haji ramai menangis, semua nak haji mabrur, dah kalau masjid depan rumah, sejengkal dari rumah, solat jemaah 5 waktu kat masjid tak pergi, bagaimana nak dapat haji mabrur?? mmg takkan dpt haji mabrur Allahu... 


  • paling penting amalkan solat hajat, doakan ibu bapa, doakan utk yg hidup dan juga yg telah meninggal dunia. 


  • di masjid, saf hadapan biasanya diduduki oleh orang2 yang jarang atau ke tak pernah ke masjid (orang2 besar). bahkan yg sering 5 waktu berjemaah sering di belakang, betapa risau dan macam tak layak di depan. Allahu. 


  • suami kena bunuh, isteri kena rogol. berita kebiasaan dlm akhbar. kenapa? kenapa boleh jadi? salah siapa? 


  • pastikan hidup tahu apa itu baik, bukan sekadar tahu, tapi tak buat. 


  • yg ni Kg Atas Tol, dikatakan 100% pelajar yg sedang main bola kat padang sekolah petang hari akan berhenti bermain bila azan berkumandang, Alhamdulillah... 


  • di rumah, mak ayah jangan kritik cikgu dan sekolah depan anak2, mak jgn kritik ayah, ayah jgn kritik mak. jika tidak, anak2 pun akan turut jd negatif jika didengari oleh anak2. 


  • utk Kg Atas Tol lg, cikgu2, mak ayah dan anak2 beruntung berada di Atas Tol. Kerana apa? Sbb Atas Tol menjadi jalan semua pihak, yg menjadi tempat persinggahan, yg berada di tengah2 semua laluan. Atas Tol pernah menjadi tempat selamat dan berlindung jika berlaku banjir (kata beliau Atas Tol mirip Masjidil Haram) 


  • Kutipan derma masjid Atas Tol paling terbaik dlm parlimen Marang. Alhamdulillah 


  • seramai 185 penduduk Atas Tol pernah berada dalam semua agensi kerajaan, dari taraf profesor, dato' dll. 


  • Last dlm ucapan beliau, kecermerlangan seorang anak bermula dari dalam rahim seorang ibu. Bagaimana ibu dan bapa menerapkan nilai2 agama. 


  • Letakkan al-Quran di ruang tamu kerana kebiasaan ruang tamu yg menjadi tempat anak2 lepak. Kerana apa? Bila Quran itu hari2 dipandang ketika keluar masuk rumah, menjadi tempat berehat, bisikan2 Allah akan datang dlm diri, dlm menuju kebaikan, dan InsyaAllah, anak2 jua akan turut sama2. 


  • dan paling penting, solat itu bukan parti politik, masjid dan surau bukan parti politik. amat memalukan bila masjid di kampung sendiri tidak pergi, tp masjid di kampung lain dihadiri, kerana apa? kerana parti politik. Allah..

banyak benda yang berlaku di sekeliling kita..bt kita sendiri pom xperasan disebalik tu..eheh..kata-kata membuka minda yet memotivasikan diri..

okehh!! im out!! nak setady tuk final plak..kalau x xley g berjimba-jimba..woohooo~!! kachaa~!!

p/s: untung laa family aku semua balik kampung..n aku jex tercicor mengadap buku nie..ceitt!! semua da sibuk nak kawen..kau bile lagi Badat?? eheh-.-'' 



www.tips-fb.com

Saturday, 27 October 2012

seni yang membutakan~!!


asalamualaikum u olss olss olss~!!

ahahah..sory for the late updated kan..u noe as a buzy women..banyak sangat komitmen laa.. [ ayat bajet-bajet mama hot-sentap..puihh!! xD ] sesi praktikal pom da lepas sebulan..makin nak mantan nie..makin malas plak aku nak gerak event..eheh..hampehh tul!! btw Selamat EIDUL-ADHA guyss~!! =))

ehemm!! lately too many things happen..nak cite satu-satu t jadi novel da kang..bukan novel chintan-chintun..bt nevel bebelan-Badat plak..hehehe..soo skip part yang tu..

ohh yee!! aku rasa aku makin nak menjadi orang seni kebelakangan nie..well..banyak benda yang aku beli..yang aku rasa cantik n unik..seni kan..bt mostly ditentang keras oleh membez-membez aku..ahahahaxD ikot anda ehh..yang pasti aku bahagia dapat benda ala tu..hoho~

okehh!! first of all..may i present~ :


KUMU~!!



natang nie..ehh..benda nie..aku nak tanya korang dulu..comei kan?? klasik-look sangat..ngan skirt dari buah-pe-menda-nta..haha..seyesly aku rasa bahagia sangat dapat benda ala nie..hehehe..budak-budak nie siap kaitkan ke-hyper-an aku ngan semangat Kumu nie..puihh!! karut-marut kurafat belaka..ahahaxD btw nie laa barang yang paling hot-sentap yang banyak gosip-gosip panas termasuklah nama dia..bagi sesiapa yang menentang bermakna anda sukarela menjadi musuh saya..ahahaha..tu da psyco da tu..hehe=))
*epy mood bar: [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||] |||||||||| 157%


 gelang cikebom-cikebom~!!



nama yang xboleh bla..jangan xtanya bakpe nama dia gitu.. [ aku pom rasa geli gak sebenarnye..eheh-.-'' ] benda ala nie agak old fesyen sket..da lama kuar da..aku jex lembap..eheh..nie pom bub aku jumpa benda ala nie murah kat kedai TengTeng, Kelantan..dorang kata besor n serabut..bt aku rasa style n cute bub wane kot..pastu cam ala-ala sempoa camtu..ley men kira-kira pakai benda nie pasnie..ahahahxD
*epy mood bar: [|||||||||||||||||||||||||||||                ]  67%


furry blue~!!




hahh!! nie memang aku suka..aku memang peminat benda bulu-bulu ginie..lembut di tangan gittew..ahahaha..yang nie xde laa seni sangat..bt sebab di bulu-bulu yang besh jex..xde specifikasi tuk yang nie..ehee=))
*epy mood bar: [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||] |||||  117%


tu jex soo far yang sempat..xkesah lahh pe pandangan orang..janji kita puas, xnyesal..n yang paling penting bahagia!! wink3!! kalau da cantek memang xnampak benda lain da..pe orang kata pom ditolak ketepi..well..beauty is subjective matter rite^^


p/s: dalam mood masak..asal lapo xde benda makan jex masak..nafsu makan naik..berat pom naik..eheh..parokk laa ginie Badat ehh-.-''



www.tips-fb.com

Monday, 24 September 2012

per-jimba-an bersama kanak-kanak istimewa n jenazahh..erkk??-.-''


asalamualaikum..
u olss!! memandangkan mak bakal mem-bz-kan diri ngan keje-keje berpindah-randah bagai kan..soo mak pom mengambil kesempatan dalam kesempitan di kala malam menjelang nie tuk menaip pape yang patut..okess??

about last week rasa..kalau xsilap laa..kami de memajukan diri ngan menganjurkan Kursus Pemurnian Ibadah & Pengurusan Jenazah..overall pasal ibadah pesakit, adab ngan pesakit n yang paling besh pengurusan jenazah laa..superbb!! bersama mokcik Tie yang klasik n sastera..beshh!! soo pada korang-korang yang kat luar sana..aku sangat mengesyorkan program nie kat korang..ley laa belajar pasal pengurusan jenazah nie..then t ley me-aplikasi-kan sendiri jenazah keluarga korang..insyaAllah..;))


penceramah kita~

nie laa mokcik Tie = bidan kampung yang rockk!!

model pada hari ittew yang menginsafkan diri..uhuu



AJK yang terlibat;)

tu dia..eheh..di sebabkan banyak benda aku nak cerita..soo aku juz wat sinopsis jex..nak cerita penuh ley datang jumpa aku k..de pitih..ley sembang kedai kopi dulu k..ahahahaxD

n fyi..hari nie merupakan hari pertama kami berpraktikal..n alhamdulillah..jadual kali nie xde laa buhsan sangat cam selalu kan..kitorang de main lawatan-lawatan, g wad mental, main ngan kanak-kanak istimewa..fuhh!! bukan da se-ronok da..ber-ronok-ronok laa kali nie per-jimba-an kami..ahahahaxD..ayat yang diambil dari seorang YB yang sengal..ngee^____^

n tuk hari pertama..kami disuruh bermain ngan kanak-kanak istimewa...








hari yang agak penat..melayan telatah mereka-mereka nie..ehee..terpikir adakah perasaan ini sama camne ibu bapa yang menjaga mereka nie?? emm..maka bersyukur lahh..alhamdulillah..

alamakk!! time malam-malam ginie laa banyak benda nak bebel kan..adoiyai..ahahaha..i can't help it..hehehe..btw aku nak promo satu sketsa kot, ke short movie gitu laa..korang ley laa g kat link nie yee..

then..tetibe aku terkena thought-block..eheh..memandang c bantal mucuk aku da memanggil..makanya beta ingin beradu dulu..ohh yeahh!! sok kami berjimba-jimba kat Rumah Orang Tue AMBS plak..annyeong~ wish we lux k..winkk3!! ^,^v


p/s: ingin membuat sebanyak memory yang mampu sebelum kembali ke jalan asal;))






www.tips-fb.com

Monday, 10 September 2012

ehh..Jom Raya Nsc~!! wink3!!! ;))


asalamualaikum..
knokk-knokk!! tumpang laluu~ ehee..lame da xbermanje-manje ngan belog sayam nie..hehehe..ohh yeahh!! epy raya u olss!! raya tahun nie agak meriah n xpuas..cuti seminggu jex..eheh..n alhamdulillah..ramadhan berlalu ngan penuh kelainan n bermakna..suke-suke-suke~ =D

well..hari khamis lepas NSC de wat majlis kecil-kecilan bertemakan sukaneka raya --> Jom Raya^^, hiasan dikerjakan oleh Azamah n Bie co. bertema hometown raya..ala-ala setting MHI gittew kan..eheh..disebabkan set-set kami yang wat..memang vogue de vas gittew laa kan [ unsur-unsur mak jemah tu harus ade yee..ahaha =p ]

name pom tema sukaneka kan..soo memang sukan raya laa jawab nye [ ayat-pe-nie-Badat?? ] antara yang besh nye ialah ;-)


  • Lumba makan kueh raya [ time nie terserlah ke-pelahap-an masing-masing ]
  • Ketuk-ketuk raya [ bahan yang diketuk-ketukan --> plasticine ]
  • Pertandingan memakai samping 
  • Pertandingan fotografi yang tersantek bertemakan raya 
pengalaman yang syiokk nye dapat belajar wat tapai sendiri..ok!! tipu!! belajar balut tapai jex..kalau kitorang yang wat memang xley makan rasenye..hehehe..

da lonjong da intro aku..chekidaut jex laa gambor nie..winkk!!^^


hiasan dalaman 


free button batch Jom Raya per entry:))






lumba makan kueh raya~

ketuk-ketuk raya~


male-nurse sedunia~
adegan basuh-membasuh~

c cilik tomei~
tapai ohh tapai~

tu diaa~ kemeriahan terserlah..bangge mak..hehehe..will miss those days..emm~


p/s:  kami misi bukan sebarang misi..
       misi katang gelaran kami..
       tampak comei juga sengal..
       semua masalah datang pun..pe de hal..
       ahahahahxD


www.tips-fb.com

Sunday, 26 August 2012

aku damba kan....


asalamualaikum..

aku dambakan sebuah rumah yang besar, luas..yang mempunyai tab mandi, taman kecil di laman rumah dan swimming pool di belakangnye..tetapi apa yang aku ada kini hanyalah sebuah unit rumah yang kecil, sempit..bertingkat-tingkat..yang petangnya riuh dengan suara budak bermain bola di hadapan lif..bunyi bising moto di parking yang kedengaran kuat sampai tingkat atas..akan tetapi..suara kanak-kanak riang itulah penyeri suasana..yang bertingkat-tingkat itulah perapat kasih sesama jiran..yang membuat aku belajar tuk bergaul ngan masyarakat..menjadi satu kelompok yang saling menegur dan menjaga..aku tetap bersyukur..alhamdulillah..

aku dambakan sebuah keluarga yang di sanjung ramai dan bertaraf tinggi..yang mempunyai kenalan orang-orang penting / VVIP..mempunyai 'link / kabel' besar..penuh ngan adab formal..yang tak pernah de masalah dunia mahupun ekonomi..tetapi apa yang aku mampu hanyalah sebuah keluarga yang riuh..bak kata ayah rumah nie paling bising satu bangunan..yang selalu bergaduh..akan tetapi yang riuh itu lah yang dirindui selalu..kurang rasanya bila rumah xseriuh selalu..gaduh itu adalah pengikat kasih..dari situ kami mengambil berat antara satu ngan yang lain..masalah adalah ujian yang membuat kami matang..kesusahan adalah tiang tuk kami betah berdiri walaupun tsunami melanda..eheh..alhamdulillah..

aku juga dambakan sebuah kehidupan yang serba kemewahan dan tidak mempunyai masalah..Gucci, Prada, Zara, Guess..semua di hujung jari..semua hanya memberi arahan..dan segalanya disediakan..tanpa perlu risau dan susah hati..hidup hanya untuk enjoy dan goyang kaki sahaja..akan tetapi aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..perasaan excited terlebih walaupun hanya jumpa kedai 'bundle'..mewah ngan masalah kecil yang mendatang melimpah ruah..segalanya hanya dapat pabila diusahakan..banyak perkara yang telah kami belajar..dan perkara itu lah yang menjadi pegangan hidup insyaAllah sampai akhir hayat..alhamdulillah..

tu lahh dia..apa yang kita damba kan, impikan xsemestinya yang terbaik tuk kita..kita adalah kehidupan kita sekarang..kita adalah pengalaman kita lalu..setiap apa yang kita lalui akan membentuk diri kita sekarang..ingat..xsemua yang boleh lalui sebagai mana kita lalui sekarang..maka bersyukurlah..alhamdulillah=)



p/s: SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!! wink3!! ;)







www.tips-fb.com

Friday, 17 August 2012

karamBadat serbu tandas~!!


asalamualaikum..
ehemm!! mengumumkan ketibaan che Badat ke rumah manis rumah..hoho~ yeahh!! alhamdulillah..selamat sampai sudah..ehee~ terasa bahagia..wink3!! ^^,

oleh sebab aku da banyak kali kena..soo aku nak bebel kan sini..bley kan Mizterz Belog sayam?? eheh..soo well..entry kali nie dituju khas tuk makcik-makcik / aunty-aunty yang menjaga tandas-tandas awam yee..okehh!! aku nak tukar jadi KaramBadat jup..ahahahaxD

yee!! zaman loni..perbagai bayaran yang telah dikenakan demi keuntungan pihak individu..walaupun kadang-kadang bayaran ittew tidak berasas..antaranya pelanggan-pelanggan tandas awam ini merugut mengenai bayaran yang dikenakan tuk memasuki tandas atas urusan-urusan yang penting..bayaran dikatakan tidak berbaloi dengan tahap keselesaan n kebersihan serta kemudahan tandas tersebut..dimanakah hak-hak pengguna tercampakk?? bagai kucing yang menghidu bau ikan..saya KaramBadat ingin menyiasat punca akan perkara ini berlaku..


bedah: tandas sekarang makin lama makin mahal..makcik nak g tandas awam pom pikiaq banyak kali..
song seng: haiyaa..bayar manyak mahal woo..tandas pom manyak kotor..
aci: aci manyak tarak paham..masuk tandas pom bayar ka?? ayoyo~

nie lah antara rungutan biasa yang kita dengar dari sesiapa yang menjadi pengunjung tandas awam..umpana kucing yang mengiaw-ngiaw xcukup makan..rungutan ini makin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia..malangnya segele-gelenya tenggelam dek perbualan gosip mak jemah dikedai kopi..dibiarkan tanpa tindakan..

pengurus Dewan Badaraya Malaysia berkata:
 bayaran yang dikenakan di tandas-tandas awam adalah demi meningkatkan mutu / tarap tandas di Malaysia..segele charge tambahan termasuk charge service, kebersihan, pertukangan dan gaji penjaga..adakah mahal setakat 20 / 30 / 50 sen itu?? bayangkan pula gaji penjaga yang dibayar berdasarkan bayaran masuk tandas..cukupkah untuk perbelanjaan harian mereka?? atau mereka hanya makan kais pagi kais petang xabis kais?? bagaimanakah mereka hendak menyara tanggungan mereka?? tskks..tskk..maap..saya..saya sedey mngenangkan ittew..tsskk *emo -.-''
itulah jawapan yang diberi pengurusan..sangat hampehh..umpama menyorokkan taik kucing di bawah katil..taik nya hilang..bau tetap urmphh..tulah permainan yang sedang berlaku sekarang..tanpa melengahkan masa lagi..pihak kami akan membuat tinjauan tandas-tandas berhampiran untuk mengetahui keadaan sebenarnya..







tinjauan kami telah membuktikan ke-'berbaloi'-an bayaran tandas di sekitar [ tempat dirahsiakan ]..gambar yang diambil terpaksa di-limit-kan ke-upload-an dia..dikhuatiri menimbulkan keloyaan di bulan poso nie..kang xdapat raya plak..ambe gop susah..eheh..

maka..itulah hasil siasatan kami terhadap bayaran tandas yang dikenakan..bak kata pepatah..bagai membela lalang di depan rumah..apa pom xbolehh~ oleh itu..diharap pihak-pihak berkenaan dapat mempertimbang-balikkan bayaran tandas awam ini agar berbaloi sekali gus menurunkan kadar rugutan pelanggan tandas..

sekian dari saya..karamBadat melaporkan..bagi Gembelan Jalanan..muahahahxD


*tema pepatah kali ini berdasarkan kucing yee..
 tiada kene mengena antara hidup dan mati..
 hanya luahan perasaan seorang gembelan jalanan..


p/s: masuk tandas nak memenuhi keperluan harian pom bayar..makin hari makin mahal..da laa kotor + rosak plak tu..grr!!! di manakah hak pengguna?? -.-''




www.tips-fb.com