Wednesday, 25 December 2013

cerita tentang semalam..


asalamualaikum..

semalam..
terdengar keluh kesah seorang pesakit cancer..
" back then, i used to cry n cry, and asking why me? "
kekuatannya melawan penyakitnya..
juga kepenatannya menanggung derita..
diluahkan melalui tangisan kecilnya..
u do strong, u did great, aunty..

semalam..
terbongkar sebuah kisah sang obsesi..
yang menipu mengaup keuntungan..
sedih!
pucuk baru dipergunakan..
kayu lama diperbodohkan..
sadis!
terpaksa bersekongkol tanpa sedar..

semalam..
terdengar luahan rasa seorang ahjuma..
tentang kepayahan sebuah kehidupan..
demi kesenangan n kejayaan anak..
sesalnya mengorbankan dirinya demi sesuap nasi..
sesalnya kekurangan 1 titik penting kehidupan..
dipanggil PENGETAHUAN..
kecantikan dunia dialas oleh kesusahan..

semalam..
melihat seorang ibu tua..
yang saban hari menyediakan makan minum anaknya..
yang bekerja di bawah syarikat besar anaknya..
yang berusaha meningkatkan ilmu dengan anaknya..
yang mungkin jasanya tak nampak dek mata hati anaknya..
yang tak terkesan dek sanubari anaknya..
sehingga sanggup dikasari sedemikian rupa..
hati ibu mana yang sanggup membenci anaknya??

semalam..
terdengar perihal seorang tua..
yang masih segar miang..
dek nafsu yang membaluti hati..
disorokkan disebalik topeng suci sang pemakan garam dahulu..
" don't judge a book by it cover " katanya..

semalam..
terlerai sebuah ikatan persahabatan..
yang renggang dek ego perempuan..
mungkin kerna mulut, badan binasa..
mungkin kerna hati, membawa ke jalan mati..
nilai persahabatan...

semalam..
ego seorang sang licik..
dek keyakinan yang meng-galaxi..
dek kekayaan yang sering dimimpikan..
dek harta dunia yang di-syurga-kan..
kehilangan segala tentera yang memerah keringat..
dalam sekelip mata..
dek mulut yang berbau..
mungkin terlupa agaknya..
kita hidup bukan seorang..

semalam..
tersedar akan kepayahan dahulu menjadi satu kelebihan..
yang ramai orang berebut..
jika tiada iman n keberkatan ibu bapa..
hanyut dek menilai kaca dari permata..

semalam..
itu semua cerita semalam..
hidup ini umpama 1 telenovella..
pelbagai kisah dan coretan..
hanya perlu buka mata hati melihat..
walau sedih, perit..
aku bersyukur..
banyak perkara yang aku belajar..
syukur atas segala nikmat sepanjang hidup ini..
alhamdulillah..
thnx a lot Allah..
;'))









p/s: kehidupan yang statik tidak membuka peluang kita untuk celik..benar kata orang..jauh perjalanan luas pemandangan....;))

www.tips-fb.com

Wednesday, 9 October 2013

kesedihan dalam kesyukuran..huhu


asalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..

well ollaa guys!! n soo sory bloggiee..lama da i tak layan u..haha..malas berdeohh sebenarnye..since da habis nie dok rumah makin malas..serious!! hehee..tapi oleh kerana desakan pakcik Bakri tu..suruh aku post kat fb laa blog laa bagai..atas perasaan geram n tak puas hati dia..maka aku pom menurut laa..anak yang baik kan..hoho~^^

lumrah sebagai seorang post graduate mana-mana jurusan dalam dunia nie..memang common lahh menjadi pekebun berjaya dulu..tanaman seperti anggur, pisang, durian dan tembikai memang biasa..kalaulahh realiti memang da heaven rasanya dok dalam kebun buah-buahan..haha..makanya ada yang buat persediaan awal menghantar resume sebelum abis..bekerja part time kat pusat pakaian Hari-Hari atau Parkson..or hanya duduk di rumah menghabiskan borehh mak ayah di samping membina lemak-lemak yang makin anjal..

soo yeahh..dunia sekarang makin mencabar..bak kata mama Ros..kalau zaman dolu-dolu tok kaduk ko..SPM tu tahap paling tinggi da boley jadi cikgu da..duet 20 sen tu boleh makan nasi lemak..kalau sekarang..urmphh!! bertuah nak oii..dapat gaji beriban-ribun pom belom tentu cukup..nak masok tandas pom da naik 30 sen..bau dia plak urmphhh semerbak kasturi..selera plak mak nak melabohh..haishhh~

soo recently aku de laa pergi interview kat satu hospital swasta kat negeri pulau sana..semangat aku pergi..n sebagai bapak yang mempunyai naluri ke-bapak-an yang sangat tinggi..beliau pom semangat menghantar aku diikuti dengan adeq-adeq cinonet aku nie..pantang de kesempatan..emm..pergi interview jahh pom..maka bertolak lah aku g sana..

nak di jadikan cerita nya..kebetulan de senior aku kerja sana..soo dibukak laa pekong di dada..dikatakan hospital tu sangat susah nak solat..aku pk tak kesah laa susah pom..janji boley solat..tapi yang menimbulkan ke-tidak-adil-an tu..boleh dia bagi pilihan.. ' kalau u nak solat tak boleh rehat..bt if u nak rehat..tak boleh solat ' ..sedeyy!! bukankah nie negara bebas beragama?? n kenapa tetibe amalan agama kita tak boleh diamalkan?? setau aku tak de plak kita menghalang mana-mana amalan agama dalam Malaysia..n agama rasmi nie agama Islam kott..apekehe nye pulop jadi ginie?? aku pom rasa ralat..serba salah..tak kan kite nak carik rezeki halal n terpaksa tinggalkan suruhanNya?? mana keberkatan dia pergi nanti..hmm..betol laa orang kata pemilihan pemimpin tu sangat penting.. [ ini bukan politik yee..hakikat..peacee~ ]

bila aku tanya pasal uniform dia..dia cakap lengan pendek..tak boleh pakai handsock..hmm..lagi satu masalah nie..acanoo nie?? hadoii..makin susah kalau aku nak istiqamah pasnie..hmm..xpe laa..interview jahh baru..relax..kalau dapat aku nak tanya terus interviewer dia..nekad!!

well..ajal maut jodoh rezeki di tangan Allah kan..malangnya first test dia aku da fail..ahaha..sedeyy dohh..serious..rasa bersalah menggunung bak gunung Everest dengan rombongan pakcik Bakri n gerombolan dia..hmm..makanya aku balik ngan hampa..salah aku gak mungkin tak cukop preparation..bt still hati aku terdetik..tak pe lahh..ada hikmah kott..alhamdulillah..kesedihan dalam kesyukuran..huhu

n now..still waiting..rezeki tu ada tuk setiap orang..cuma lambat cepat jex..susah senang semua ada hikmah..sabar n usaha tu penting..huhu ;'))



p/s: negara kita masih dijajah..kebebasan yang masih di genggam..minda kita masih dipegang..antara sedar atau tidak jex..hmmm









www.tips-fb.com

Thursday, 30 May 2013

syabab musafir kasih..superb!! ;)


asalamualaikum..

disebabkan bahana voucher buku hok 250 ya tu..hidup aku terisi ngan buku-buku jah sekarang nie..hahaha..cehh puihh! oke tipu jex..eheh..disebabkan juga beriya bebeno rumate aku mem-promote kan tuk baca buku Syabab Musafir Kasih by ustazah Fatimah Syarha..maka ary tu aku pom wat sistem barter ngan rumate aku dengan buku Cinta High Class by her gak.. [ err..kepusingan ayat di citu sket..eheh ] dan ternyata! ia berjaya wat aku berhingus tanpa malu walaupun di public..eheh..sangat deep-deep-touch ngan manusia Syabab nie..soo aku pom nak mem-promote kan laa kat manusia-manusia yang lain..sila-sila ringankan mata n minda anda tuk baca buku nie..gurenti!! tarak penyesalan punyerr..hehehe ;))



btw nie antara puisi dalam cite c Syabab nie..:-


LELAKI...

dulu,
 bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira,
kini,
bila disebut lelaki,
wanita menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka Yahudi..

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati,
lelaki kami menjaga, melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lalaki khianat, perogol bersiri..

dulu, 
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga..

dulu, 
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa yang berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas, binasa..

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia dan seisinya..

dulu, 
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini, 
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah..

dulu, 
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh..

dulu, 
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah..
kembalilah lelakiku,
peda kelelakianmu,
kami merindukan lelaki dulu,
acuan Madrasah Rasul..

Srikandi,
Damsyik, Syria


p/s: mungkin ada yang tak selesa dengan diri aku sekarang..aku minta maap..;')




www.tips-fb.com

Saturday, 11 May 2013

first crush!! ;)


asalamualaikum..

alhamdulillah..segele-gelenya telah settle..my final's final, my pre-LJM, my oscee..semua dah selesai..tinggal LJM jex..LJM jex, Badat?? eheh..jawab tu kompom laa semua ley jawab..betul salah belakang kire..eheh

btw recently adeq aku de menceritakan kat aku..pasal crush beliau ngan seorang mamat kelas dia yang agak kaya..katanyee..dia cakap perlu ke dia wat first move since dia rasa banyak hint yang menandakan yang mamat tu pom syok kat dia..bt still dia tak tahu n rasa dia cam tak bape layak bub budak tu anak orang kaya..eheh

by that time..aku rasa tetibe aku da bertukar jadi doctor pakar chenta da..bertukar!! puff!! haha..bt at the same time aku rasa risau..risau tentang seorang remaja yang baru nak terjebak ngan benda-benda camnie..aku risau camne nak bagi minah nie paham tanpa terjebak..bt still aku tak ley nak kongkong or sekat sesuka hati..aku agak memahami perasaan begitu..seriously suck bila benda yang ko nak wat tetiba dihalang dengan memberi ceramah..get a life man!! camne nak enjoy kalau semua benda tak boleh?? haha..zaman-zaman rebellious dolu-dolu..aku paham..aku pom ex-teenage gak dulu..


credit to mrs Goo!

aku cuba melayan melayan cerita adeq aku sambil men-digest dan memikirkan cara tuk dia paham..first soalan yang aku tanya.." ko pasti ke hint yang ko rasa tu betul-betul hint dia suka ko?? or ko just terperasan jex?? " pengalaman cinonet yang lepas mengajarku untuk tidak perasan..haha..perempuan adalah sorang makhluk Allah yang sangat detail bila tiba bub orang yang dia suka..segala benda pasal mamat tu semua tau..sampaikan stokin mamat tu pakai xbasuh seminggu, baju dia, shape kuku dia semua dia nak ambil port.. [ believe me..i do..n aku sendiri pom tak paham kenapa..eheh ] soo maybe apa yang ko rasa 'hint' tu adalah bukan 'hint' yang korang rasa..atau kata lain tu perasan lah..mana tau tu memang cara dia melayan kaum perempuan ke..u never noe..

beliau terdiam.. " nta..bt dia selalu jex...bla..bla..bla...." aku senyum..aku tau konsep atas awan ittew..memang seronok berjalan atas awan..poin-poin~ bunyi tapak kaki melangkah..lembut dan empuk dari permaidani bulu-bulu kat hotel-hotel tu..gilew hyperbola..eheh..bt ngan keseronokan itu lah..mungkin kita boleh terlupa..terlupa yang bahawasanya awan yang lembut itu telus..terlupa bahawasanya kita perlukan jambatan laluan kita sendiri..sebagai perlindungan..kalau kita tersilap langkah mungkin akan terjatuh..jatuh yang membawa padah pada diri kita..terutamanya pada yang baru berseronok ngan 'awan' itu..

lalu aku memikirkan cara..untuknya paham tanpa terjebak sama..juga tanpa menggunakan ayat yang agak cliche..macam " tak payahlah..kau tu muda lagi..belajar pom tak habis..n bla bla bla.." well..agak menyakitkan hati sebenarnya dengar ayat camtu..n dalam pale otak mesti digest.." sebab muda laa aku kena enjoy..bila masa lagi?? tak kan tunggu tua plak.." bt sebenarnya betul ayat tu..de hikmah nya..cuma mungkin masa tu darah muda kan..cuma maybe kena modified sket ayat tu kot..dan aku pom cuba menyusun ayat..

" emm..tak pe laa deq..buat masa nie biarlah dia nak g oversea ke, over the river ke..just ingat one thing jex..kalau betul dia untuk ko..over the sea or over the planet mana pom kau akan jumpa ngan dia balik..doa lah banyak-banyak..perjalanan korang jauh lagi..kuat power doa tu..oke?? n lagi satu..kita nie sebagai orang perempuan..jangan cepat perasan sangat..bahaya..serious..even kalau ko perasan pom..cuba wat-wat tak perasan..haha..maksud nye jangan terlampau memikirkan benda tu..soo skunk just be cool n chill jex..oke?? :) "

as simple as that..then adeq aku pom angguk.. " orite then..thnx u akak.." aku bersyukur..walaupun sebesar world war II kitorang berperang..bt still..dia masih bercerita semua kisah dengan aku..well..tak de laa semua kot..bt aku paham..semua orang perlukan privacy masing-masing kan..


semoga Allah terus memberikan keluarga aku hidayah dan membimbing kami ke jalan yang diredhai..semoga kami dipertemukan jodoh yang boleh memimpin keluarga kami menjadi keluarga yang soleh dan solehah..aamiin~



p/s: mendengar masalah orang dapat menjadikan kita berfikir dan matang secara tak langsung tanpa perlu melaluinya..;))








www.tips-fb.com

Tuesday, 23 April 2013

sharing..perlu ke?? eheh


asalamualaikum..
ehem! hari dan minggu yang agak skema..semua orang terperuk duk dalam bilik, bukak lagu dan baca buku..study week beb!! orang da abis baru nak final..well..we ols nursing tak suka sama-sama ngan orang lain taww! hahaha..urghh!-.-''

skip that boring part..tadi petang kot..aku terjumpa satu gambar yang memaparkan print-screen faceebook..yang menunjukkan seorang makhluk Allah nie membuat kenyataan hot dengan meng-updated status dengan menghina Islam..yang di-share-kan oleh rakan mukabuku aku..as manusia normal yang mempunyai perasaan sayangkan Islam..aku agak tersentap n mendidih gak darah aku baca..bt then aku terfikir..apa yang menyebabkan makhluk Allah nie membuat kenyataan begitu?? apa yang telah berlaku sampai dia sanggup mencaci-maki begitu?? apa yang telah umat Islam buat?? atau apa yang ada dalam Islam itu sendiri sehingga makhluk Allah nie begitu marah?? lalu aku pun tarik nafas panjang-panjang dan hembus..cuba memadam api yang membara dan mengurangkan kesukaan syaiton yang suka pada kemarahan..

bagi pendapat aku..sepatutnya benda begini..memang kita patut marah..agama kita beb! pegangan hidup kita..sapa tak sayang..umpamanya cam mak or ayah kita kena hina dek orang..kompom mengamuk kan..bt this is bigger i think..tetapi kita perlu kaji semula..kenapa makhluk Allah tu buat sedemikian?? mungkin makhluk Allah itu ada reason dia disebalik itu..mungkin dia ada history..Islam itu indah..Islam itu halus..Islam menarik umatnya pun dari segi kehalusan agamanya..bukan dengan kekasaran atau paksaan..tak perlu di-share-kan..bukankah kalau di-share-kan benda-alah itu..makin menimbulkan kemarahan dan kemakian orang yang membaca..tambah lagi dosa dalam mengumpat dan memaki..plus kita pula mengaibkan air muka dia..memang salah dia..bt kita pun tak de hak nak malukan dia..

lalu aku pom bertanyakan rumate aku yang agak pakar sedikit ilmu agamanya dari aku..katanya..cara yang baik adalah dengan menegur depan-depan..jumpa or chat personally..siasat apa punca perkara nie berlaku..kan dalam Islam sendiri mengajar:

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." 
[HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra]

emm..ini adalah pendapat cinonet aku yang masih merangkak belajar tentang agama..jika salah tegur..bukan mencela..oke??

btw please pray for my Lembaga Jururawat Malaysia exam..hope lulus dengan cemerlang..aamiinn~

p/s: perjuangan yang tinggal penghujungnya..yang masih panjang perjalanannya...;)


www.tips-fb.com

Monday, 8 April 2013

cerkon: lurus.. eheh;))



asalamualaikum..
Recently aku de baca satu blook – gabungan blog versi book – hasil dari voucher buku yang gembar-gemburkan dek budak-budak nie..well kitorang kan agak season sket..orang da habis dip kita terkedek-kedek lagi..agak besh laa walaupun banyak kali gak aku tutup buku tu campak ke tepi n sambung tengok tv atau terlelap dek keseronokan membaca..ibarat lullaby aku laa buku tu..haha..

Aku de sorang member nie..physically-nya orang pandang agak comei n sangat-sangat-sangat baik laa..bt bila dipandang dua or tiga kali orang boleh kata kan agak lurus pakej ngan bendul laa..eheh..bila aku cuba selami dan menyelam lautan dalam..mungkin dia jenis suka menolong, taknak mengecewakan orang lain..atau pun terlampau menjaga hati orang..like seriously..even though benda tu akan menyusahkn diri dia..ataupun jenis terlebih rajin takde kerja kot..eheh

Soo ada satu hari tu..kat pejabat dia kerja..disebabkan dia nie newbie, budak baru kat pejabat tu..ditambah pula dengan personality beliau ittew..makanya ramai yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempatan yang ada..
                ‘ eh Yah..nie nanti tolong wat surat si polan nie..dia nak urgent..hari nie gak..tolong ehh..’
                ‘Yah..aku nak kuar jup tau..ko tolong cover kan aku eh..kalau aku sempat balik aku balik laa..kalau tak sempat ko tolong laa siapkan pape patut yee..’
                ‘ko free tak Yah?? Nie si Melah ajak aku kuar..aku da lama kot usha dia..aku nak jumpa dia skunk laa..bt tadi bos soh siapkan benda ala nie..soo ko tolong aku ley?? Aku da wat half da tu..t sok aku open table..pleaasee~ thnx2..’
                ‘oii Yah..aku saket perut nie..nak berak tak kuar plak..ko tolong aku berak ley??’

Itu adalah antara perbualan pertolongan berbaur pembulian yang diajukan kepada c Yah..semua nye dijawab dengan anggukan kepala walaupun hati rasa nak terbakor..mungkin apa yang dipikirkan oleh c Yah:
                ‘emm takpelah orang orang sesekali..tak salah..’
                ‘korban sket jex lagi Yah..nak pikat jadi fav staff..kena lah berkorban sket..’
                ‘nawaitu lillahitaa’la..’

Di sebabkan menyiapkan segala yang dipertanggungjawabkan mahupun yang bukan tanggungjawab beliau..makanya c Yah selalu balik lewat malam..pernah sekali tu dia sampai tertidow dalam opis gara-gara menyiapkan kerja di Peja yang pergi ke KL bershopping..esok paginya..setelah subuh dan mandi di masjid berdekatan..setelah sampai di pejabat..kecohklah satu pejabat yang c Yah pakai baju sama..tak basuh..
                ‘ehh ko tau..c Yah tu cam tak mandi jex..pakai baju sama..supo ore adop umah..’

Sesedap rasa mengata selepas c Yah masuk pejabat..padahal c Yah tolong wat kerja dia gak..kebaikan c Yah nie kadang-kadang disalah-artikan oleh bebudak pejabat nie..mau tak nye..gara-gara nak menolong nye pasal..ter-effect kat orang lain..bt di sebabkan kebaikan c Yah nie memang tidak dinafikan..bebudak pejabat nie hanya mampu mengata dalaman jex lahh..bak kata pepatah..ibarat memijak putung rokok..mati di situ jex..ehehe..

pengajaran: jadilah orang yang baik, berguna pada anak bangsa..bt terlampau baik juga membawa padah..soo bring along ur brain..biar nakal sket pom tak apa..jangan jadi jahat..hehehe ;))


p/s: seriously..i hate gud bye..eheh-.-''




www.tips-fb.com

Sunday, 24 March 2013

motipssless post~!! xD


asalamualaikum..
ehem3!! rasa malu plak nak taip..alahh^haii~ almaklum lah da lama tak menonjolkan diri kan kat cinie..berhabuk, berkarat da benda ala nie..hahaha..kepada fanatik fan belog aku nie..maap~ maap~ kepada anti-fan aku..mesti korang serabut kan..bhahahahxD [ ayat hottss-sh*tss-giloss-bajetss ] ahahahxD

kalau dalam interbiew tuk retis-retis yang menyorok n baru dijumpai..soalan cliche yang akan ditanya ialah seperti berikut:-

Lama menyepi..apa cirita??
well..macam biasa lahh..hidup cliche seorang student nurse..practical, naik bas, turun bas, bangun awal-awal pagi, mengendeng ngan buku log..ohh yeah!! sekarang ditambah dengan management wad..last sem da kan..2 kilo beb berat turun..baru 2 minggu kan medical wad..kalau kat surgical tak tau lah aku kan..haiz~

n again..hari nie aku naik bas lagi..berpindah ke Kelantan plop..menghabiskan sesi management aku di HUSM..penat ehh jadi nomat..eheh..bersabarlahh hati..tinggal 3 bulan lebih jex lagi..hekk3!!

n fyi yee..che Badat da meninggalkan zaman-zaman pemerintahan NSC atau apa-apa aktiviti yang seumpamanya..dan saya amat berbahagia hidup tanpanya..wohoo!! no more miserable life!! muahahaha 3xD

alhamdulillah..Dia memakbulkan doa aku..mungkin berkat doa..mungkin juga sebagai ujian..emm..walaupun jauh lagi..hope it will last till Jannah..aamiinn..

-the end-


*if korang tertanya pe motips shangat post aku kali nie..jawapan nye ialah motipsless!! ahahahaxD



p/s: kawalan diri yang amat tinggi serta persediaan itu perlu demi barakah masa depan..in syaa Allah ;))

www.tips-fb.com

Wednesday, 2 January 2013

miss the old us..buddies;')


asalamualaikum..
end of 2012, early of 2013..
masih baru, fresh, berdarah muda lagi..
eheh..apa kau merapu Badat??-.-''

oke..skip that part..kat mukabuku penuh ngan wish or kalau nak yang agak bersemangat sket azam tahun baru..Alhamdulillah..teruskan usaha anda tuk mencapai..jangan tau nak show off, or sekadar 'trend status' tahun baru jex..oritee ;))

memalam yang agak sunyi bub adeq-adeq cinonet nie perlu tidur awal tuk first day sekolah sok..aku nak wat some-kind-off luahan rasa kat cinie..well..disebabkan aku da makin malas nak menghupdate belog aku nie..bley laa yee Mizterz Belog sayam..heheheh..

jarak..boleh jadi mendekatkan..boleh jadi menjauhkan.. [ oke..aku tak reti nak bermadah-madah-pujangga bagai..soo straight to the point ] kadang-kadang sesuatu environment boleh mempengaruhi personaliti kita..sampai satu tahap tu kita akan tertanya..betul ke nie kau?? macam nie ke kau selama nie?? siapa kau?? n by that time..apa yang kau buat, atau applikasikan dengan kawan-kawan or environment kau dulu before yang baru nie tak sesuai, tak applicable da.. [ erkk?? paham tak apa yang cuba akau sampai kan?? kalau x paham..cuba selami lagi lautan dalam..oke?? eheh ] n sometime jarak nie pun boleh membuatkan diri korang awkward giloss ngan kawan-kawan korang yang dolu..haiz~ [ this one seriously sedey..make me have a deep-deep thought bout that ] 

whateva it is..i still talking bout u guys with my 'new friend'..how we used to be together..the stupid things..our memories..n blablabla..

n beb..maaf..walaupun hanya sepatah kata..

i seriously need to do deep-deep self reflection, muhasabah diri masak-masak..

p/s: dada rasa berat..rasa cam de bag air dalam dada aku nie..pleural effusion [ paru-paru berair ] kali?? eheh :'(


www.tips-fb.com